4.1
Kesihatan Diri
·
Keadaan sejahtera merangkumi
aspek fizikal, mental, emosi, sosial, dan rohani.
·
Untuk memelihara dan
meningkatkan kesihatan diri, kita hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Ø Mengambil
makanan yang seimbang
Ø Melakukan
aktiviti fizikal
Ø Menjaga
kebersihan
Ø Bersikap
positif
·
Penjaaan kesihatan penting
bagi remaja dalam menghadapi perubahan fizikal emosi dan sosial
·
Menikmati kehidupan yang
baik
Berekreasi boleh memupuk sikap bertanggungjawab dan bertolak ansur.
Mengamalkan pengambilan
diet yang seimbang dan kebersihan diri untuk mengelakkan masalah
kesihatan.
Aspek kerohanian dapat membantu dalam meghadapi tekanan atau pengaruhi tidak sihat.
Rehat yang
cukup penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh.
A Perububahan fizikal yang dialami oleh remaja
- Zaman remaja merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa
- Remaja mengalami perubahan-perubahan fizikal, emosi, sosial, rohani dan mental
- Kita perlulah bersedia dan mengetahui perubahan fizikal yang akan berlaku
- Kesihatan dan kebersihan diri perlu dijaga untuk kesejahteraan hidup
i.
Perubahan fizikal yang
dialami oleh remaja lelaki
- Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan mengeluarkan hormon androgen yang menghasilkan testis.
- Hormone ini akan menggalakan pembentukan ciri-ciri sekundar bagi remaja lelaki :
* Pertumbuhan
bulu halus di ketiak dan pubis
* Suara
berubah menjadi garau
* Halkum
akan jelas kelihatan
* Rangsangan
daripadaa kelenjar pitiutari menyebabkan perkembangan hormone testosterone.
ii. Perubahan fizikal yang
dialami oleh remaja perempuan
- Remaja perempuan yang mencapai akil baligh akan mengalami kematangan orang-organ pembiakan dan rembesan hormon estrogen serta progesterone.
- Hormon estrogen akan merangsangkan pembentukan sekunder bagi remaja perempuan.
* Pembesaran payu dara
* Punggung menjadi lebar
- Hormon progesterone
* Menyebabkan berlakunya haid.
iii.
Menerima perubahan fizikal
dengan positif.
o Remaja
yang normal akan mengalami perubahan fizikal.
o Bersedia
menghadapi dan menghargai perubahan.
Langkah positif semasa menghadapi perubahan:
·
Menggangap perubahan
fizikal, emosi dan sosial perkara normal semasa remaja.
·
Berbincang tentang masalah
berkaitan remaja dengan ibu-bapa, guru atau rakan sebaya yang pernah
mengalaminya.
·
Rajin membaca bagi
memperoleh maklumat berkaitan remaja
·
Menjaga kesihatan dan
kebersihan diri.
B Menjaga
Kebersihan Diri dan Kesihatan Tubuh Badan
i. menjaga kebersihan
diri
* kebersihan
diri penting bagi meningkatkan penampilan agar mudah didekati oleh rakan-rakan.
* amalan ini
juga dapat menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit.
Cara-cara
menjaga kebersihan diri :
1.
Gunakan tuala wanita yang bersih semasa
kedatangan haid. Tuala wanita yang telah digunakan hendaklah dibungkus rapi dan
dibuang ke dalam tong sampah.
2.
Mandi dan cuci rambut supaya badan dan rambut bersih, tidak berbau dan berasa segar.
3. Pakai pakaian yang bersih dan kering bagi mengelakkan penyakit kulit.
4.
Elakkan berkongsi pakaian, tuala dan sikat
bagi menghindar penyakit kulit dan kutu.
ii. menjaga kesihatan
badan
* Mencegahan
penyakit-penyakit tidak berjangkit
Cara-cara
menjaga kesihatan tubuh badan :
1.
Bersenam dan bersukan
* Kita mesti
bersenam sekurang-kurangnya antara 20 hingga 30 minit pada setiap sesi.
* Amalan ini
dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung kita.
2.
Makan makanan seimbang
* Amalan ini
dapat membekalkan semua nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
3.
Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap
* Menjumpa
dengan doktor setiap enam bulan atau setahun sekali untuk memeriksa kesihatan
kita.
* Kita akan
mengetahui tahap kesihatan kita
4.2 Kekeluargaan
- Sebuah keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan anak.
- Setiap ahli keluarga perlu melaksanakan peranan dan tanggugjawab masing-masing agar sebuah keluarga yang bahagia dapat dibentuk.
4.2.1 Keremajaan
- Sebagai remaja, kita perlu berusaha untuk membahagiakan ibu bapa. Remaja perlu mengamalkan nilai-nilai murni dan positif.
- Amalan ini mendorong kita mempunyai ramai kawan.
- Hal ini juga berupaya membentuk hubungan sosial yang sihat dengan ahli keluarga, rakan dan jiran.
- Namun begitu, perubahan dari segi fizikal, emosi, rohani, mental dan sosial boleh menyebabkan berlakunya beberapa situasi yang perlu ditangani secara bijaksana.
A. Situasi
yang mungkin dihadapi semasa awal remaja:
Situasi
|
Sebab
|
Cara
Menangani
|
Perselisihan
faham.
|
Perbezaan
nilai dan pendapat.
|
* Bertolak
ansur
* Menerima
pandangan dan pendapat orang lain.
* Menghormati
ibu bapa dan ahli keluaarga
|
Remeja
lebih sensitif, cepat murah dan mudah merajuk.
|
Rembesan
hormon dalam badan.
|
Dapatkan
nasihat ibu bapa, kaunselor dan orang yang boleh dipercayai.
|
Remaja
terdorong untuk malakukan sesuatu perkara baru.
|
* Pengaruh
rakan sebaya.
* Pengaruh
media massa.
|
* Berfikir
sebelum betindak.
* Mewujukan
hubungan yang rapt sesama ahli keluarga.
* Melakukan
aktiviti yang berfaedah.
|
Remaja
ingin diterima sebagai ahli kumpulan oleh rakan sebaya.
|
* Inginkan
pengiktirafan.
* Mengikut
tingkah laku idola mereka.
|
* Perlu
bijak memilih dengan hanya mencontohi sikap terpuji.
* Mengamalkan
nilai murni dan patuh kepada ajaran agama.
|
B. Penyesuaian remaja dalam
kehidupan harian
* Remaja perlu bersedia untuk menyesuaikan diri terhadap
perubahan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akan dihadapinya.
* Oleh itu, remaja perlu menyesuaikan diri dengan
situasi seperti berikut :
Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh remaja
:
:
i. Aspek
fizikal
- Mengambil makanan secara sihat
- Bersenam dan beriadah agar sentiasa sihat.
- Sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan diri
ii. Aspek
emosi
- Melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan.
- Berbincang dan dapatkan nasihat daripada
kaunselor, guru dan ibu bapa.
- Mengisi masa lapang dengan berfaedah.
iii. Aspek
sosial
- Memilih rakan yang baik dan berbudi pekerti mulia.
- Menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
- Melakukkan aktiviti bersama-sama keluarga.
C. Tanggungjawab dan peranan
remaja
- Remaja mempunyai tanggungjawab dan peranan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
1. Peranan dalam keluarga
* Sebagai ahli keluarga, kita sama-sama bertanggungjawab
mewujukan suasana sejahtera dalam keluarga.
* Kita patut taat kepada ibu bapa, bersikap baik dengan
adik-beradik, dan memberi kerjasama dalam semua aktiviti keluarga.
Membantu ibu pingan selepas makan
2. Peranan dalam masyarakat
* Kita perlu menganal jiran kita dan bergaul dengan
penduduk setempat.
* Perkara ini boleh dilakukan dengan mengambil bahagian
dalam aktiviti gotong-royong.
* Sekiranya aktiviti ini disertai oleh rakan remaja
daripada pelbagai kaum, sudah pasti perasaan muhibah dan perpaduan dapat
diwujudkan.
* Kita juga perlu menghormati dan menerima teguran
daripada orang yang lebih dewasa.
Aktiviti gotong-royong dijalankan.
3. Memahami norma masyarakat
* Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum.
* Umunya, setiap masyarakat ini mengamalkan cara hidup
yang berbeza.
* Sebagai anak remaja Malaysia,kita patut mengekalkan
norma atau amalan masyarakat kita.
* Norma masyarakat kita adalah mengutamakan perpaduan
antara kaum, sikap saling menghormati, berbudi bahasa, dan sopan santun.
* Dengan itu, golongan remaja dapat membantu mengekalkan
keamanan negara.
Kanak-kanak memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih tua.