Thursday, September 8, 2016

4.1 Kesihatan Diri
·          Keadaan sejahtera merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, sosial, dan rohani.      
·          Untuk memelihara dan meningkatkan kesihatan diri, kita hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Ø Mengambil makanan yang seimbang
Ø Melakukan aktiviti fizikal
Ø Menjaga kebersihan
Ø Bersikap positif
·          Penjaaan kesihatan penting bagi remaja dalam menghadapi perubahan fizikal emosi dan sosial
·          Menikmati kehidupan yang baik

 Berekreasi boleh memupuk sikap bertanggungjawab dan bertolak ansur.

Mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan kebersihan diri untuk mengelakkan masalah kesihatan.

Aspek kerohanian dapat membantu dalam meghadapi tekanan atau pengaruhi tidak sihat.                 

Rehat yang cukup penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh.


A   Perububahan fizikal yang dialami oleh remaja
  •     Zaman remaja merupakan masa peralihan dari alam kanak-kanak ke  alam dewasa 
  •    Remaja mengalami perubahan-perubahan fizikal, emosi, sosial, rohani  dan mental
  •   Kita perlulah bersedia dan mengetahui perubahan fizikal yang akan  berlaku
  •    Kesihatan dan kebersihan diri perlu dijaga untuk kesejahteraan hidup

i.                 Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja lelaki
  • Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan mengeluarkan hormon androgen yang menghasilkan testis.
  • Hormone ini akan menggalakan pembentukan ciri-ciri sekundar bagi remaja lelaki :
* Pertumbuhan bulu halus di ketiak dan pubis
* Suara berubah menjadi garau
* Halkum akan jelas kelihatan
* Rangsangan daripadaa kelenjar pitiutari menyebabkan perkembangan hormone testosterone.
      ii.    Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja perempuan

  • Remaja perempuan yang mencapai akil baligh akan mengalami kematangan orang-organ pembiakan dan rembesan hormon estrogen serta progesterone.
  • Hormon estrogen akan merangsangkan pembentukan sekunder bagi remaja perempuan.   
 *      Pembesaran payu dara
 *      Punggung menjadi lebar
  •      Hormon progesterone
 *     Menyebabkan berlakunya haid.

     iii.           Menerima perubahan fizikal dengan positif.
    o    Remaja yang normal akan mengalami perubahan fizikal.
    o    Bersedia menghadapi dan menghargai perubahan.

     Langkah positif semasa menghadapi perubahan:
·          Menggangap perubahan fizikal, emosi dan sosial perkara normal semasa remaja.
·          Berbincang tentang masalah berkaitan remaja dengan ibu-bapa, guru atau rakan sebaya yang pernah mengalaminya.
·          Rajin membaca bagi memperoleh maklumat berkaitan remaja
·          Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.   

B  Menjaga Kebersihan Diri dan Kesihatan Tubuh Badan

i. menjaga kebersihan diri

  *  kebersihan diri penting bagi meningkatkan penampilan agar mudah didekati oleh rakan-rakan.
  *  amalan ini juga dapat menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit.


     Cara-cara menjaga kebersihan diri :

1.   Gunakan tuala wanita yang bersih semasa kedatangan haid. Tuala wanita yang telah digunakan hendaklah dibungkus rapi dan dibuang ke dalam tong sampah.



    2.   Mandi dan cuci rambut supaya badan dan rambut bersih, tidak berbau dan berasa segar.  






3.   Pakai pakaian yang bersih dan kering bagi mengelakkan penyakit kulit.

 4.   Elakkan berkongsi pakaian, tuala dan sikat bagi menghindar penyakit kulit dan kutu.

ii.     menjaga kesihatan badan

 *         Mencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit

   Cara-cara menjaga kesihatan tubuh badan :

1.   Bersenam dan bersukan

*      Kita mesti bersenam sekurang-kurangnya antara 20 hingga 30 minit pada setiap sesi.
Amalan ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung kita.



2.   Makan makanan seimbang

 Amalan ini dapat membekalkan semua nutrient yang diperlukan oleh  tubuh badan kita.


3.   Memeriksa kesihatan secara berkala dan tetap

  Menjumpa dengan doktor setiap enam bulan atau setahun sekali    untuk memeriksa kesihatan kita.
*  Kita akan mengetahui tahap kesihatan kita

 
4.2 Kekeluargaan
  •   Sebuah keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan  anak.
  •  Setiap ahli keluarga perlu melaksanakan peranan  dan tanggugjawab masing-masing agar sebuah  keluarga yang bahagia dapat dibentuk.

 4.2.1 Keremajaan
  • Sebagai remaja, kita perlu berusaha untuk membahagiakan ibu bapa. Remaja perlu mengamalkan nilai-nilai murni dan positif.
  •   Amalan ini mendorong kita mempunyai ramai kawan.
  •  Hal ini juga berupaya membentuk hubungan sosial yang sihat dengan ahli keluarga, rakan dan jiran.
  •   Namun begitu, perubahan dari segi fizikal, emosi, rohani, mental dan sosial boleh menyebabkan berlakunya beberapa situasi yang perlu ditangani secara bijaksana.
A. Situasi yang mungkin dihadapi semasa awal remaja:

Situasi
Sebab
Cara Menangani
Perselisihan faham.
Perbezaan nilai dan pendapat.
Bertolak ansur
*   Menerima pandangan dan pendapat orang lain.
 Menghormati ibu bapa dan ahli keluaarga
Remeja lebih sensitif, cepat murah dan mudah merajuk.
Rembesan hormon dalam badan.
Dapatkan nasihat ibu bapa, kaunselor dan orang yang boleh dipercayai.
Remaja terdorong untuk malakukan sesuatu perkara baru.
*  Pengaruh rakan sebaya.
*  Pengaruh media massa.
  Berfikir sebelum betindak.
Mewujukan hubungan yang rapt sesama ahli keluarga.
 Melakukan aktiviti yang berfaedah.
Remaja ingin diterima sebagai ahli kumpulan oleh rakan sebaya.
Inginkan pengiktirafan.
 Mengikut tingkah laku idola mereka.
*   Perlu bijak memilih dengan hanya mencontohi sikap terpuji.
 Mengamalkan nilai murni dan patuh kepada ajaran agama.

B.  Penyesuaian remaja dalam kehidupan harian

 Remaja perlu bersedia untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akan dihadapinya.
 Oleh itu, remaja perlu menyesuaikan diri dengan situasi seperti berikut :

Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh remaja
 : 
i.   Aspek fizikal  
-    Mengambil makanan secara sihat

                         - Bersenam dan beriadah agar sentiasa sihat.

                         -    Sentiasa menjaga kebersihan dan penampilan diri 
                                
ii. Aspek emosi 
-   Melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan.

 -   Berbincang dan dapatkan nasihat daripada 
kaunselor, guru dan ibu bapa.  

                        -    Mengisi masa lapang dengan berfaedah.




iii. Aspek sosial
 - Memilih rakan yang baik dan berbudi pekerti mulia.

                              - Menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

                        - Melakukkan aktiviti bersama-sama keluarga.

C.  Tanggungjawab dan peranan remaja
  • Remaja mempunyai tanggungjawab dan peranan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

1.    Peranan dalam keluarga
Sebagai ahli keluarga, kita sama-sama bertanggungjawab mewujukan suasana sejahtera dalam keluarga.
Kita patut taat kepada ibu bapa, bersikap baik dengan adik-beradik, dan memberi kerjasama dalam semua aktiviti keluarga.


 




Membantu ibu pingan selepas makan






2.  Peranan dalam masyarakat
Kita perlu menganal jiran kita dan bergaul dengan penduduk setempat.
 Perkara ini boleh dilakukan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong.
 Sekiranya aktiviti ini disertai oleh rakan remaja daripada pelbagai kaum, sudah pasti perasaan muhibah dan perpaduan dapat diwujudkan.
 Kita juga perlu menghormati dan menerima teguran daripada orang yang lebih dewasa.




Aktiviti gotong-royong dijalankan.





3.  Memahami norma masyarakat
 Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
Umunya, setiap masyarakat ini mengamalkan cara hidup yang berbeza.
Sebagai anak remaja Malaysia,kita patut mengekalkan norma atau amalan masyarakat kita.
Norma masyarakat kita adalah mengutamakan perpaduan antara kaum, sikap saling menghormati, berbudi bahasa, dan sopan santun.
Dengan itu, golongan remaja dapat membantu mengekalkan keamanan negara.


Kanak-kanak memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih tua.




Rujukan




Learn Happily~~~

Learn Happily~~~

Hardworking

Hardworking